Tentang tudung umpama melengkapi sebatang pen dengan penutupnya. Dan juga tentang menyimpan bongkah emas dari manusia yang bukan haknya. Dan juga menutupi makan dari dihinggapi penyakit.
Begitu halus maksudnya. Tudung menutupi aurat wanita.
ISU ini bukanlah mahu meriuhkan kisah Dato' Siti Nurhaliza memakai tudung/selendang. Ia hadir saat saya menyusur sebuah majalah yang rata-ratanya untuk wanita.
Ada segmen busana pengantin. Cantiknya....saya tentulah teruja. Pakaian yang dilihatkan sungguh mempesona. Bukan saja baju, tapi kerudung, selendang yang di' match' kan pada model pengantin terbabit...aduhai mak, nian, cantik..
Tetapi..ada masih kurangnya di mata ini. Fesyen tudungnya terlalu singkat atas dada lah. Itu tutup aurat kah?? Saya tertanya diri.
------------------------
Di rata-rata tempat sekarang, budaya memakai tudung, amalan menutur aurat nampaknya amat menggalakan. Itu belum lagi sebut tentang cara pakaian, corak terkini, malah artis yang sering jadi idola pun dah ramai yang pakai tudung. Hebatkan??
Cumanya, ada yang kurang saya fikir.
Kita kena tanya betul-betul "Err, kenapa cik S pakai tudung?"
- Sebab bakal suami saya suka saya bertudung
- Sebab dah sampai masa saya bertudung
- Sebab rambut saya rosak kena cahaya matahari
Tudung bukan fesyen tapi satu kewajipan yang dikenakan untuk menutup aurat. Aurat. Dan, bukan pula yang pendek-pendek atas dada.
Memanglah kreatif saat membelit leher untuk nampak kemas dan cantik, tapi kan boleh kita ubah gayanya. Kita tarikkan tudung itu biar menutupi dada. Biar seiring dengan syariat, seperti yang dianjurkan.
Kita bukan hanya tutup kepala. Tapi, memelihara kesucian para wanita. Bukan mahu tayang apa-apa, tapi kita mahu rasa dijaga.
Tudung ada magiknya, tapi ia akan tercetus pada orang yang memakai tudung dengan cara yang paling betul.
-------------------------
p/s: Isu ini bukan mahu cakap tentang tudung labuh atau "tudung cendawan" ...cukup dulu merungkai cara pemakaian tudung yang sepatutnya, bukan sampai menayang dada ;P
2 comments:
thanks sis.. semoga kita semua dapat manfaat..;)wink2
aik? isu tudung juga? ;)
Post a Comment